LION CITY 1 JDT 2

Nicolao Dumitru dan Romel Morales menemui sentuhan penyudah buat Johor Darul Ta'zim (JDT) ketika membantu kemenangan dalam satu perlawanan persahabatan malam tadi.

Tiga gol dirakamkan dalam separuh masa pertama untuk JDT yang dalam rangka persiapan meneruskan rentetan 10 kejuaraan Liga Super di Stadium Bishan menerusi kemenangan 2-1 ke atas Lion City Sailors.

Harimau Malaya, bagaimanapun, tidak dapat menembusi lagi gawang lawan di sebalik Hami Syahin ditunjukkan kad merah.

Barisan kendalian Hector Bidoglio itu akan sekali berdepan ujian Lion City Sailors Isnin depan sebelum memenuhi jadual pra-musim di Sepanyol dan Portugal. - Stadium Astro